Sunday 7 August 2011

Tips Meningkatkan Visitor Sangat Penting Dalam Internet Marketing

1. Be the first to write- internet adalah dunia tanpa sempadan, maklumat boleh diperoleh secara beberapa saat. Tapi mengapa kita berlengah? Ini merupakan cara terbaik untuk instant visitor. Walaupun aku mengakui taktik tidak kekal lama tetapi berguna untuk impression visitor. Probability untuk blog anda di bookmark, linked di forum2 amat tinggi sama ada di Malaysia atau di luar negara. Contohnya blog2 politik, tak sampai beberapa minit sesuatu berita direleased terus diupdate. Cara ini juga pernah dipraktikkan oleh aku sendiri dan terbukti berjaya. Finale Akademi Al - Quran (cik uly org pertama google phtu smpai blog ak) , Window Blackout (mostly visitor2 dr luar negara smpai blog ak dilinkkat kt forum US), Gambar Bersih (yg ni kejap je sari dua kt 1st page, phtu kebelakang), kes dang karburator tnjuk bontot, air liur Shabbery dsb.



2. Be the first to share - Menulis sesiapa sahaja boleh melakukannya. Tapi berkongsi tidak semua mampu kerana faktor kekurangan sumber. Apa yang kita boleh share? Gambar2, lagu2, video2, serta tips2 yang mungkin kurang diketahui orang. Bukan sekadar tutorial yang budak 10 tahun pun boleh wat. Cara ni digunakan oleh kebanyakan site2 download utk menigkatkan traffic. Contoh yang aku gunakan, lagu wonder pets melayu (yang ni mmg berhantu smpai 400+ org donlot), phtu aimer translation (byk dr visitor luar negara. sbb org kite lyn sembilu je. hehe. tp ak bangga sebab br je 11 hari da ramai org luar search. ), how to steal video youtube (yg ni kwn ak ajr), lajukan internet/mozilla (utk f3 x menjadi kot sbb diorg da fix), kamus oxford dll.


3. General Knowledge - Sesiapa yang buat entry sebegini memang terpaksa menerima hakikat bahawa kurang orang berminat untuk membaca. Memang lumrah manusia apabila hanya gossip2, gmbar2 nakal menjadi tarikan utama visitor. Tapi ini adalah pelaburan yang paling berguna kerana ilmu tidak akan lupus. Banyak entry2 sebegini kurang menarik perhatian sesetengah orang tapi hit di carian enjin tempatan. Contohnya large hadron collider, Ir bg jurutera, list of glc malaysia, gmbr utp, eby. dsb.


4. English (untuk pasaran luar) - Kalu perasan certain entry ak akn menulis dalam english. Selain faktor tengah meroyan, aku yakin lebih baik di'antarabangsa'kan supaya lebih luas entry kita di carian google. Contohnya entry2 berkaitan tutorial, breaking news, tips, dsb lebih baik wat dlm english. org kite pun paham gak kan? hehe. serampang dua mata. Selain itu, status Glitterati aku di innit amat membantu untuk menigkatkan traffic. Jom join community innit yang sempoi2 dan peramah.


5. Drop comment (tempatan) - korang mesti rase dihargai klu entry kite dikomen oleh org lain. Cara ini lagi berkesan daripada meninggalkan jejak di kotak sembang kerana tak sampai sehari, msj kita akan terbelakang. Tapi utk situasi ni, komen anda tidak akan terbelakang. Jika komen beratus2 pun ia tetap tersiar. Dan lg satu. Aku akan sentiasa lawat bloger2 yang memberi komen kerana mereka seperti meninggalkan link tanpa pengetahuan. geram je nk usha sape ye tuan blog tu.


6. Drop comment (pasaran luar) - Untuk lebih advance, singgah la di blog2 luar negara. baca, dan komen entry diorang. Traffic diorang lagi tggi dan kita seolah2 menumpang secara tak langsung. Dinasihatkan jangan komen spam, tak pun sekadar hello, tak mungkin orang akan usha blog kita. Cuba komen secara profesional, kasi opinion, idea bernas serta tunjukkan intelektual kita. Cara ni selamat utk long term traffic. tidak instant tapi berbaloi. x caye? ni salah sorang blogger dari UK, The-Dude, kami pernah berbalas emel utk tukar2 pendapat. die ad linkkan aku kt site die. usha. Dan ada juga beberapa insan dari luar malaysia. Rata2 umur sebaya je. Hehe.


7. Ikhlas - Lastly, niat tu penting. Mungkin ade sesetengah blog yang amat memerlukan traffic seperti blog bisnes, muat turun dsb. Tapi untuk kita yang sekadar menulis dengan leisure, traffic bukan satu priority. Sebaliknya kepuasan menulis tu ade. Kalau boleh biar traffic yang datang sendiri tanpa bersusah payah mengejarnya.

USAHAWAN AFFILIATE 
CARA PANTAS JANA WANG DENGAN AFFILIATE 
Secret - Secret besar  yang selama ini disimpan oleh Top-Top Affiliate akan dibongkarkan satu per-satu!
JOM USAH USAH CLICK GAMBAR ATAS NI
TONTON VIDEO TESTIMONI MEREKA YANG BERJAYA
MEREKA SUDAH BERJAYA ANDA BILA LAGI?
DAPATKAN JUGA 1 VIDEO PERCUMA YANG BOLEH DI DOWNLOAD SEBAGAI HADIAH KEPADA PENGUNJUNG WEBSITE INI




Friday 5 August 2011

Affiliate? Ape tu? Orang Kata Boleh Buat Duit Kalau Pandai? Jom Belajar Sama2..

Affiliate Tu Apa?
Affilate ialah program menjana wang yang paling simple dan mampu dilakukan oleh setiap lapisan umur..
Betul ke setiap lapisan umur?
Yup, memang tepat sekali. Sesuai untuk semua peringkat umur..
Affiliate program ni merupakan bisnes yang tidak memerlukan modal..
Ade ke bisnes yang x perlukan modal?
Ade kalau anda bijak menggunakan peluang yang ada.. Mengapa saya katakan bisnes ini tidak memerlukan modal.. Biar saya terangkan serba sedikit tentang program ini mengikut pengalaman saya dan mengikut ilmu yang ada selepas membuat pembacaan daripada pelbagai sumber daripada percuma sampai yang berbayar..
Program ini hanya memerlukan sedikit usaha daripada anda yang betul betul mahu.. Apa yang anda perlukan hanyalah INTERNET + PRODUK ORANG LAIN..
Anda hanya perlu mempromosikan produk orang lain.. Contohnya Brother Amirul Hafiz telah menulis beberapa Ebook yang telah disatukan dalam pakej Usahawan Affiliate .. Belia telah menyediakan ruang untuk sesiapa yang berminat mempromosikan produk beliau.. Ini di namakan affiliate.. 
Bagai mana saya nak dapat duit.. Bukan produk saya..
Jangan risau anda akan dibayar komisen daripada jualan yang dibuat oleh anda.. Anda hanya perlu mendaftar di ruang yang disediakan oleh pengeluar produk yang anda mahu promosikan dan anda akan mendapat link untuk promosi yang akan membantu pengeluar produk mengesan jualan yang telah dibuat hasil daripada usaha promosi anda..

Kesimpulannya..
Apa Yang Anda Perlukan Ialah Ilmu Untuk Mempromosikan Produk Tersebut Untuk Mendapatkan Komisen..

Saya akan terus menulis lagi tentang affiliate program untuk pengetahuan semua.. Saya juga akan berkongsi tips berguna yang saya perolehi daripada Otai Affiliate..

USAHAWAN AFFILIATE 
CARA PANTAS JANA WANG DENGAN AFFILIATE 
Secret - Secret besar  yang selama ini disimpan oleh Top-Top Affiliate akan dibongkarkan satu per-satu!
JOM USAH USAH CLICK GAMBAR ATAS NI
TONTON VIDEO TESTIMONI MEREKA YANG BERJAYA
MEREKA SUDAH BERJAYA ANDA BILA LAGI?
DAPATKAN JUGA 1 VIDEO PERCUMA YANG BOLEH DI DOWNLOAD SEBAGAI HADIAH KEPADA PENGUNJUNG WEBSITE INI





Thursday 4 August 2011

Datuk Bandar Mengamuk Akibat Salah Parking.. HEBAK!!

ZUOKAS menaiki kereta perisai untuk menggelek kereta Mercedes yang diparkir secara haram.

VILNUS: Ini saat menakjubkan bagi seorang datuk bandar yang marah, apabila dia memandu sebuah kereta perisai untuk menggelek sebuah kereta Mercedes kelas S yang dipakir di laluan basikal.
Arturas Zuokas, 43, bertindak drastik selepas berang dengan pemandu yang meletakkan kereta mewah mereka sesuka hati di sekitar bandar raya Vilnus, ibu negara Lithuania.

Dia mengambil pendekatan itu untuk memerangi kereta yang diparkir secara haram dengan memusnahkannya dengan menggunakan kereta perisai tentera buatan Russia.
“Saya mahu memberi mesej kepada mereka yang memiliki kereta besar dan mahal bahawa mereka tidak boleh parkir sesuka hati dan tidak mengendahkan hak pejalan kaki atau penunggang basikal.

“Perbuatan mereka menunjukkan mereka tidak menghormati orang lain dan ia tidak boleh dibiarkan. “Saya berpendapat ini cara untuk menarik perhatian bahawa bandar ini berhasrat untuk menjadi proaktif dalam memerangi mereka yang meletakkan kereta sesuka hati.” Pemilik Mercedes itu dirakam keluar dari sebuah kedai dan mendapati keretanya dimusnahkan oleh seorang pemimpin awam yang berpakaian kemas.

Zuokas kemudian dilihat bersalam dengannya dan memberitahunya supaya tidak meletakkan keretanya sesuka hati sebelum datuk bandar itu menunggang basikal meninggalkan tempat berkenaan selepas menyapu serpihan kaca.
Kenderaan itu kemudian ditarik dan dimusnahkan.

Kejadian itu sebenarnya dirancang oleh Zuokas untuk menunjukkan betapa seriusnya dia dalam memerangi parkir haram.Ia dirakam untuk disiarkan oleh pegawai majlis bandar raya sebagai pengajaran kepada pemilik kereta mewah seperti Ferrari dan Rolls Royce yang kerap meletak kereta mereka di laluan basikal.

“Apa yang mesti dilakukan oleh pihak bandar raya terhadap mereka yang beranggapan mereka melebihi undang-undang?” soalnya.

“Kereta kebal adalah penyelesaian terbaik.” Jurucakap datuk bandar itu berkata, kereta itu dibawa khas khusus untuk rakaman iklan berkenaan. - Agensi

Sumber--> harian metro..
HEBAK MU NI!!!

Wednesday 3 August 2011

Secret Recipe Halal... Nyam Nyam... Jom g bukak puase kat sana..

PETALING JAYA: Secret Recipe menyangkal dakwaan mempunyai kaitan dengan Puratos Malaysia Sdn. Bhd. sehingga ramuan kek keluaran syarikat itu dikatakan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi.
Sebaliknya khabar angin itu timbul ekoran syarikat tersebut menggunakan perkataan umum 'secret recipe' pada produk mereka.
Eksekutif Halal Secret Recipe, Wan Zawani Wan Ahmad berkata, pihaknya kesal dengan hebahan dalam beberapa blog yang mendakwa mereka menggunakan dua bahan ramuan yang dikenal pasti mengandungi gelatin babi.
"Kami tidak menempah dan menggunakan bahan ramuan yang dikeluarkan syarikat itu. Dua jenis produk yang dikenal pasti itu menggunakan perkataan 'secret recipe' secara kebetulan," katanya.
Menurut Wan Zawani, kek keluaran Secret Recipe dihasilkan menggunakan bahan ramuan halal dan mendapat pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Pada Isnin, mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia mendedahkan penemuan mengejutkan iaitu asid deoksiribonukleik (DNA) babi di dalam bahan ramuan Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder yang digunakan syarikat Puratos Malaysia Sdn. Bhd.
Sementara itu, laman web http://www.halal.gov.my milik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyebut, mesyuarat yang diadakan pada 12 Mei lalu memutuskan permohonan Puratos Malaysia Sdn Bhd adalah tidak berjaya berikutan penemuan DNA babi berkenaan.
Zawani berkata, pihaknya tidak pernah menggunakan bahan keluaran syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd, sebaliknya menggunakan beberapa bahan diambil dari rangkaian syarikat sama yang beroperasi di Belgium.
"Semua ramuan yang diimport juga mempunyai persijilan halal luar negara yang mendapat perakuan halal daripada Jakim," katanya.
Zawani berkata, jika terdapat sebarang kemusyikan berhubung perkara ini, anda boleh berhubung terus dengan pihak Secret Recipe di talian 03-78034891.

Aq baru jumpe article ni.. aq tau dh lame bnde ni.. tapi ari tu mmber aq ajak g makan kat secret recipe sbb tu aq cari coz aq pun ade jugak dengar yang kedai ni x halal..

Monday 1 August 2011

FADHILAT SOLAT TERAWIH MALAM 2

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat
Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :

 Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

Sunday 31 July 2011

JADI PANAS VS JADI SEJUK



PANAS=HOT
SEJUK=COOL

Kat dunia ni mcm jenis orang kita boleh jumpe.. kadang ade yang suke jadi PANAS(hot) kadang ade yang suke jadi SEJUK(cool)..

macam mane dengan korang.. ape yang korang pham pasal orang panas and orang sejuk..??

kalau aq la

Hot ni mcm artis.. or orang glamour or famous.. hot ni blh laki and pompuan cth bdk laki hot ramai pompuan pandang die and minat and kalau girl hot pn mcm tu jgk ramai yang try usha ... haha

Cool plak selalunye laki la.. kalau laki cool ni gaya die just relex je... ape pn jadie die x x gelabah.. haha.. yang penting control macho.. kalau girl cool aq x tau nk ckp mcm mane.. maybe ade tapi kurang..

Ape korang punye pendapat pasal SEJUK and PANAS? Korang jenis SEJUK or PANAS? Korang lebih suke SEJUK or PANAS?

FADHILAT SOLAT TERAWIH MALAM 1

FADHILAT SOLAT TERAWIH

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat
Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :

Malam 1 - Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan
dari Allah.



SEMPENA BULAN RAMADAN YANG BERKAT INI SAYA AKAN CUBA MENGAMBIL SEDIKAIT MASA UNTUK BERKONGSI TAZKIRAH PENDEK YANG BERMAKNA UNTUK ANDA SEMUA...


SELAMAT BERPUASA!!

ShareThis